• Cadangan benarkan wanita sertai tilawah disambut baik
  • 1265621305
  • Persatuan Qari dan Qariah Negeri Kelantan menyambut baik cadangan kerajaan negeri untuk mengkaji semula larangan ke atas wanita dari menyertai tilawah al-Quran.

    Penasihat persatuan itu, Nik Jaafar Nik Ismail berkata langkah penarikan balik larangan berkenaan membolehkan mutu bacaan al-Quran di Kelantan dipertingkatkan di samping melahirkan golongan pelapis dalam bidang al-Quran, termasuk di kalangan wanita.

    NONEMenteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Sabtu lalu mencadangkan agar kajian dibuat tentang kemungkinan menarik balik larangan itu.

    Bagaimanapun, Nik Aziz mahu pihak persatuan itu berunding dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar
    Nik Abdullah, bagi membincangkan soal teknikal dan peraturan dalam tilawah itu.

    Kerajaan negeri menguatkuasakan larangan itu sejak 1990 kerana menganggap
    suara wanita aurat, oleh itu tidak wajar dipertandingkan.

    - Bernama
    • PAS: Anyone can read the Quran
    • Nik Aziz suka Nga kenali Islam