• Pakatan adakan permukiman bulan depan
  • 1265692974
  • Pakatan Rakyat, DAP-Parti Keadilan Rakyat-Pas yang ketika ini berhadapan pelbagai krisis, akan mengadakan siri permukiman bulan depan bagi mengatur strategi untuk menanganinya.

    azmin ali pc in parliament 020709 02Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, berkata permukiman pertama akan diadakan pada 7 Mac di Selangor membabitkan gabungan parti peringkat negeri itu, dan diikuti permukiman peringkat kebangsaan sama ada pada 10 Mac atau 16 Mac di Pulau Pinang.

    Beliau berkata, permukiman itu diadakan bagi menjawab "serangan" yang dikatakan berpunca daripada Barisan Nasional (BN).

    "Kami perlu menyiapkan diri untuk bertindak balas," katanya.

    Kebelakangan ini, pakatan rakyat terutamanya PKR dan DAP berhadapan kritikan tajam daripada kalangan para pemimpin mereka yang dilakukan secara terbuka.

    - Bernama

    • Hindraf tolak kerjasama dengan Pakatan
    • Tanpa 'jeneralnya' pun, Pakatan tetap kukuh
    • PAS pertahan k'jaan Pakatan Pulau Pinang
    • Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tetap teguh
    • 'Jeff Ooi biadap, perlu minta maaf kepada PKR'
    • Kemelut politik Pakatan Rakyat meruncing
    • Anggota pembangkang 'dipelawa' sertai BN
    • Pakatan anjur dialog antara agama