Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
13 kematian pada hari ketiga Ops Sikap
Diterbitkan:  Feb 10, 2010 3:24 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Sebanyak 13 kematian dicatat pada hari ketiga Ops Sikap ke-21 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula 7 Februari lalu seramai 35 orang.

NONE Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supt Rasdi Ramli, berkata daripada 13 kematian itu, lapan terdiri daripada pengguna motosikal, tiga pengguna kereta, seorang penunggang basikal dan seorang pejalan kaki.

"Jalan bandaran mencatat kemalangan paling tinggi dengan 526 kes, diikuti jalan persekutuan (229 kes), jalan negeri (141 kes), lebuh raya (65 kes) dan jalan-jalan lain (47 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 1,008 kes," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi semalam sebanyak 10,915 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-21 akan diteruskan sehingga 21 Februari ini bagi mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Tahun Baru Cina.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS