Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tan, tiada maaf untuk Guan Eng
Diterbitkan:  Feb 24, 2010 5:49 PM
Dikemaskini: 11:44 PM

Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng tidak akan memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung tindakannya mengecam pentadbiran Lim baru-baru ini.

Tan yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jelutong berkata masalah beliau dengan Lim akan diselesaikan oleh pucuk pimpinan parti.

NONE "Saya tidak akan tarik balik kenyataan terhadap Lim. Saya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin PKR menentukan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas sesi pendengaran kesnya di Ibu pejabat PKR di Damansara hari ini.

Sebelum ini, Tan ( kanan ) mendakwa pentadbiran Lim yang juga Setiausaha Agung DAP meminggirkan wakil rakyat PKR dan menganggapnya sebagai sampah.

Bagaimanapun Tan bersetuju memohon maaf kepada Syed Husin Ali  dan menarik bidasan yang dibuatnya itu kepada timbalan presidennya.

Tan membuat permohonan maaf selepas sesi dua jam bersama jawatankuasa disiplin PKR di Kuala Lumpur yang berakhir jam 5 petang tadi.

NONE Jawatankuasa disipilin bermesyuarat sejak tengah hari tadi bagi mendengar penjelasan Tan ( kiri ) berhubung kritikannya terhadap dua pemimpin Pakatan Rakyat.

Tan diberikan surat tunjuk sebab minggu lalu kerana beberapa kenyataannya yang dianggap celupar dan keterlaluan.

Pada sidang medianya 3 Feb lalu, Tan mencadangkan Syed Husin supaya meletakkan jawatan berikutan kenyataan timbalan presidennya itu di Malaysiakini yang membidasnya.

[Baca berita penuh]

ADS