Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyewa rumah PPR boleh tinggal tanpa deposit
Diterbitkan:  Mar 2, 2010 11:55 AM
Dikemaskini: 4:01 AM

Penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat kini dibenar menduduki rumah masing-masing tanpa membuat bayaran deposit, kata exco perumahan Selangor Iskandar Abdul Samad

housing hulu kelang Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat exco kerajaan Selangor, 24 Februari lalu yang turut memberi kelonggaran kepada penyewa untuk membayar deposit berkenaan secara ansuran.

Tambahnya, kadar sewa bagi unit PPR telah diturunkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini kepada RM124 sebulan, berbanding kadar RM250 yang ditetapkan oleh kerajaan BN pada Jun 2007.

Selain itu juga deposit yang kini mencecah RM1050 akan dikurangkan, kata Iskandar dalam satu kenyataan.

 

"Buat permulaan, skim ini adalah terbuka kepada mereka yang hendak menyewa di PPR Taman Putra Permai, Lembah Subang. Ia berkuatkuasa serta merta.

 

"Skim ini adalah terbuka kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kelayakannya adalah sama seperti mereka yang ingin memohon pengurangan sewa rumah PPR dari RM250 kepada RM124.

"Selain dari itu, permohonan untuk menyewa rumah PPR dan permohonan untuk membayar sewa RM124 boleh dibuat secara rentak. Sebelum ini penyewa akan memasuki rumah terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat permohonan pengurangan sewa," kenyataan itu dipetik.

low cost housing ppr 131108 02 Tambahnya, negeri itu kini mempunyai sebanyak 1717 unit rumah PPR yang masih kosong daripada sebanyak 5436 unit, semuanya di kawasan Serendah, Kota Damansara, Lembah Subang dan Kampung Baru Hicom.

 

"Kerajaan negeri berharap kelonggaran ini akan dapat memudahkan mereka yang memerlukan rumah kediaman mendapatkannya dengan segera. Ia selari dengan hasrat 'Kediaman Untuk Semua'," katanya lagi.

ADS