Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan Naib Presiden pada pemilihan MCA akan datang.
"Saya akan pertahankan jawatan itu dan saya akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu pada sidang akhbar pelancongan di Kuala Lumpur hari ini.
Ng adalah antara 22 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) yang meletak jawatan minggu lepas bagi memberi laluan kepada pemilihan baru parti yang ditetapkan 28 Mac ini.
Ng adalah antara empat Naib Presiden yang dipilih pada pemilihan parti Oktober 2008.
- Bernama
