Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hentian Puduraya ditutup 19 Mac ini
Diterbitkan:  Mar 10, 2010 2:34 PM
Dikemaskini: 6:40 AM

Hentian bas Puduraya di Kuala Lumpur akan ditutup selama empat bulan bermula 19 Mac ini untuk kerja naik taraf.

puduraya bus station 260908 02 Pengarah Urusan UDA Holdings Bhd., Datuk Jaafar Abu Hassan berkata, kerja menaik taraf itu diambil bagi menangani isu ketidakselesaan pengguna, kekurangan kemudahan dan kesesakan lalu lintas sekitar hentian.

"Penutupan juga terpaksa dibuat atas aspek keselamatan,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Jaafar berkata, penambah-baikan itu merangkumi tiga peringkat iaitu pelan jangka pendek, sederhana dan panjang.

NONE Katanya, keseluruhan kerja menaik taraf dan menambah baik Puduraya setakat ini adalah 22 peratus dengan keseluruhan projek dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Pada 25 Februari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ( kanan ) yang mengumumkan penutupan itu berkata sepanjang tempoh itu pengguna bas ekspres untuk destinasi ke selatan akan menggunakan depoh sementara di Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur untuk menaiki bas, manakala Hentian Duta pula digunakan bagi menempatkan bas-bas ekspres bagi perjalanan ke utara negara. 

- Bernama

ADS