Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pilihan raya PBT: PM dicabar buat pungutan suara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengadakan pungutan suara untuk menentukan sama ada benar rakyat benar-benar tidak mahu pilihan raya kerajaan tempatan atau PBT diadakan semula.

NONE Naib presiden DAP, M Kulasegaran ( kanan ) berkata sekiranya Najib ingin rakyat mempercayai konsep “pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan” beliau mesti meletakkan kepentingan rakyat mengatasi hasrat BN untuk menafikan pilihan raya itu diadakan semula.

Pilihan raya PBT kali terakhir diadakan pada 1964 dan digantung ketika Indonesia mengumumkan konfrontasi dengan negara ini.

“Sepatutnya, Najib harus memenuhi janji-janji yang dibuat oleh kerajaan Perikatan bagi menghidupkan semula pilihan raya itu apabila konfrontasi berakhir tetapi sehingga sekarang BN gagal berbuat demikian,” kata Kulasegaran yang juga adalah ahli parlimen Ipoh Barat.

Kulasegaran juga menganggap alasan Najib bahawa pilihan raya PBT akan menyebabkan terlalu banyak ‘politiking’ dan menjejaskan perkhidmatan mereka sebagai remeh.

Katanya, sebab utama ialah kerana BN gusar mereka akan kehilangan majoriti di pihak majlis tempatan jika pilihan raya diadakan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS