Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tentera terbunuh berlanggar kereta Tian Chua
Diterbitkan:  Mar 13, 2010 3:27 PM
Dikemaskini: Mar 15, 2010 2:22 AM

Seorang anggota tentera terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta yang dinaiki ahli parlimen Batu, Tian Chua di KM49, Jalan Johor Baru-Mersing dekat Hutan Lipur Pantai, dekat Kota Tinggi semalam.

Ketua polis daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohamad Sebot berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika anggota tentera berkenaan Mohd Salleh Hamdan, 22, dari Kem Iskandar, Mersing dalam perjalanan ke Kota Tinggi, manakala Tin Chua pula menuju ke arah Mersing selepas menghadiri satu majlis di Kota Tinggi.

Pemandu kereta yang dinaiki Tian Chua - Zaharuddin Ayob, 45 - dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam lorong sebelahnya dan berlanggar dengan motosikal tersebut, katanya

Zaharuddin dan Tian Chua tidak cedera.

Sebuah lagi motosikal yang datang dari arah Mersing, turut terlanggar motosikal Mohd Sallah tetapi penunggangnya, Mohd Zairi Mansor, 29, hanya cedera ringan

Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS