Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Asri berhenti menulis untuk Utusan
Diterbitkan:  Mar 14, 2010 6:33 PM
Dikemaskini: Mar 15, 2010 1:48 AM

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata beliau telah berhenti menulis untuk Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan terus menulis dalam beberapa media yang lebih bebas selepas ini.

NONE Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini dari Arab Saudi, Dr Mohd Asli yang dikenali dengan kelantangannya bercakap dan menulis berkata, beliau berhenti menyumbang kepada Mingguan Malaysia

terbitan kumpulan Utusan.

"Saya menjemput pembaca saya membaca dalam ruangan baru yang akan saya maklumkan nanti," tulisnya melalui SMS.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini bagaimanapun tidak pula menyatakan di mana beliau akan menulis.

Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan yang Mingguan Malaysia telah menolak tulisan Dr Mohd Asli untuk kolum mingguannya di akhbar tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS