Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahrizat: Kesuburan wanita Malaysia menurun
Diterbitkan:  Mar 17, 2010 9:52 AM
Dikemaskini: 2:23 AM

Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom untuk menyemak semula beberapa isu Syariah.

NONE Katanya kini sudah tiba masanya untuk melihat kembali perkara tersebut kerana sebelum ini isu syariah terutama undang-undang keluarga Islam berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

"Saya akan bincang beberapa isu-isu syariah terutama untuk keluarga, kanak-kanak, isu-isu perceraiaan, nafkah, penjagaan kanak-kanak untuk tujuan semakan semula," katanya dalam program temuramah rancangan Hello Malaysia terbitan Bernama TV .

Kesuburan wanita menurun

Dalam perkembangan lain, katanya kesuburan wanita Malaysia memang sudah menurun.

"Mengikut kajian kita pada tahun 1991, ada tiga dan empat orang anak dalam sebuah keluarga tetapi bilangan itu menurun pada 2007 iaitu purata dua anak sahaja," katanya.

Shahrizat berkata terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kadar kesuburuan wanita, antara lain, kahwin lambat atau menunggu masa yang sesuai untuk mendapatkan anak.

   

ADS