Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hormati keputusan mahkamah
Diterbitkan:  Mar 17, 2010 12:04 PM
Dikemaskini: 6:58 AM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, menasihati penduduk Kampung Sg Terentang supaya menghormati keputusan mahkamah dan membenarkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menyambung semula kerja-kerja pembinaan dalam projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di kawasan mereka.

NONE "Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan yang bersetuju bahawa TNB  berhak memasang talian kuasa itu. Ini bukan keputsan TNB atau menteri. Ini keputusan mahkamah tertinggi," katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai i-City di Shah Alam hari ini.

Chin ( kiri ) berkata demikian bagi mengulas rancangan penduduk kampung berkenaan membantah penyambungan semula kerja-kerja oleh TNB untuk memasang talian penghantaran di kawasan yang ditetapkan itu, esok.

Beliau berkata beliau telah menemui Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Rawang, Gan Pei Nei, yang juga menyampaikan memorandum daripada penduduk itu.

Pada November tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa TNB boleh menyambung semula kerja-kerja tersebut dan memerintahkannya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat.

Apabila siap kelak, projek yang melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.

rawang anti high tension cable protest 170310 03 Projek CAR akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang.

Chin juga berkata TNB telah membayar pampasan kepada penduduk tersebut sebanyak tiga atau empat kali lebih tinggi daripada harga pasaran bagi memperoleh tanah tersebut.

"Tidak sesuai untuk saya campur tangan pada ketika ini. Tolonglah ikut keputusan mahkamah, hormati undang-undang dan itulah perkara yang logik dilakukan," katanya.

- Bernama   


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS