Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ka Ting: Elak heret PM, TPM
Diterbitkan:  Mar 17, 2010 7:00 PM
Dikemaskini: Mar 18, 2010 5:25 AM

Bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting, hari ini mahu semua pihak supaya tidak mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pemilihan parti itu pada hujung bulan ini.

ong ka ting Ka Ting ( kanan ) turut menafikan beliau terbabit dengan penghantaran khidmat pesanan ringkas (sms) dan menyifatkan ia adalah sesuatu bermotif buruk dan mempunyai agenda tersembunyi.

“Saya tidak tahu sms tersebut berpunca dari mana...yang pasti bukan dari pihak saya.

“Saya berpendirian bahawa semua pihak sepatutnya tidak membabitkan nama Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri dalam pemilihan parti MCA,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong menghormati keputusan bekas Ka Ting untuk bertanding jawatan presiden parti itu dalam pemilihan 28 Mac ini.

Beliau berkata, Ka Ting mempunyai hak untuk bertanding setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak terutama anggota veteran yang merayu beliau kembali memimpin parti yang sedang bergolak itu.

"Apa NONE yang penting pada 28 Mac nanti setiap perwakilan mempunyai tanggungjawab untuk menentukan tampuk pemerintahan MCA yang boleh menyatukan parti, bawa hala tuju yang jelas, sekali gus membawa kemenangan pada parti dan Barisan Nasional kelak,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ka Siong ( atas, kiri ) yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata, pemilihan itu adalah ujian kepada perwakilan bagi mengembalikan kredibiliti dan imej parti setelah pelbagai peristiwa yang melanda kepimpinan parti dalam tempoh setahun ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS