• Lebih 84 peratus anggota tentera orang Melayu
  • 1268898890
  • Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata hanya terdapat 17,521 anggota bukan Melayu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    malaysia army 160806 battalionBeliau berkata jumlah itu merangkumi 15.3 peratus daripada jumlah kekuatan keseluruhan pasukan tersebut.

    Kajian yang dilakukan mendapati golongan bukan Melayu kurang berminat disebabkan ATM mengamalkan disiplin yang tinggi, keadaan tugas yang 'rigid' dan perlu bersedia berkorban masa serta nyawa, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), pada persidangan Dewan Rakyat.

    Beliau berkata pihaknya mengadakan pelbagai program bagi menarik minat golongan bukan Melayu menyertai ATM seperti promosi kerjaya di Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah, promosi bersama dengan jabatan awam negeri, dan hebahan melalui media cetak dan elektronik.

    - Bernama
       
    • PAS serius mahu tembusi kem askar
    • Tiada kompromi jika bocor maklumat ketenteraan
    • ATM nafi terbabit dengan aktiviti pengganas di Acheh