Lebih 70 bergelar Datuk esok

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendahului senarai 639 penerima Anugerah Gelaran Kebesaran, darjah, bintang, pingat, surat kepujian dan Jaksa Pendamai oleh Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, esok.

azlanNik Abdul Aziz menerima Anugerah Gelaran Kebesaran Datuk Bentara Setia yang membawa gelaran Datuk.

Tiga lagi yang turut menerima Anugerah Gelaran Kebesaran ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria (Datuk Lela Negara), Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Che Yusoff (Datuk Bentara Luar) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias (Datuk Seri Setia Raja). Semua gelaran kebesaran itu membawa gelaran Datuk.

Seramai 70 yang lain akan turut menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi yang menerima  Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK).
        
Tengku Sri Jaya Raja, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz pula penerima tunggal Ahli Yang  Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK).

Lima penerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia  (SJMK) ialah Datuk Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra, Datuk Tengku Rozan Almarhum Sultan Yahya Petra, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Kapten Datuk Tengku Ahmad Farizanudean Datuk Khairi dan Datuk Tan Kok Hwa.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pula penerima tunggal Ahli    Yang Kehormat Yang  Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK).

Peguam Datuk Sukri Mohamed dan Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad pula menerima  Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) manakala dua lagi  menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota   Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) iaitu Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan adalah penerima tunggal Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah  Perkasa (PYGP).

Lapan penerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia  (DJMK) ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan Mej (B) Md Anizam Abdul  Rahman, Dr Mohd Kaisan Abdul Rahman, Mohd Kamil @ Rahim Kamil Sulaiman, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan  Mohd Nassuruddin Daud, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Naib Presiden Mofaz (M) Sdn Bhd Datuk Nik Izani Nik Ibrahim,  Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar dan Yahya Othman.

Sebanyak 11 orang menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan  Yang Amat Mulia (DJMK) iaitu Goh Gaik Meng, Mudir Pondok Pasir Tumboh Hashim Abu Bakar, Leon Emil Le Mercier, Mohd Khidir Yaacob, Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU) Datuk Normah  Md Yusoff, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Kewangan 1 Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali, Pengarah Syarikat Nusanilai Sdn Bhd Soo Sze Ching, Syed  Hassan Mohamed Al-Attas, Pakar Neurologi Hospital Mount Elizabeth Singapura Dr Tang Kok Foo dan Pengerusi ROHM-Wako Co Ltd Yosuke Yoshioba.

Seorang pegawai tentera di Pejabat Penasihat Pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia Brig  Jen Abdul Halim Jalal penerima tunggal Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) manakala Komander Markas Briged Artileri Roket Kem Sungai Besi Brig Jen Razali Mohd Regen dan Ketua Pengarah Perumahan dan Pembinaan Kementerian Pertahanan Brig Jen Zahari Din masing-masing menerima Ahli  Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa  (DPKK).

Sebanyak 21 penerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat  Terbilang (DPSK) ialah Ketua Trafik Pasukan Cawangan Trafik Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Baharu Ahmad Mahmood, Che Kamarulzaman Mohamed, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Ghazali Hasni Md Hassan, Timbalan Setiausaha Bahagian Kementerian Kewangan Hashmuddin Mohammad, Pengerusi Eksekutif Tanjong Pauh Trading Sdn Bhd Hilmi Yusoff dan Pengarah Tanah dan Galian Kelantan Ismail Samah.

Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Dr Johari Mat, Pengarah Jabatan  Penuntut Malaysia di Indonesia Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Mariam Mas Yaacob, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif International Zakat Organization Mat Hassan Esa, Timbalan Ketua  Eksekutif Matrade Mohamad Kamarudin Hassan, Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkhidmatan Teknik Cawangan Pengurusan Penilaian Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia Mohamed Jaafar.

Pegawai Kewangan Kelantan Mohd Faudzi Che Mamat, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Mohd  Ghazali Ab Rahman, Setiausaha Bahagian Ekonomi Perbendaharaan Datuk Dr Irwan Siregar Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM  Prof Dr Mustaffa Mohamed Zain, Ketua Jabatan Perubatan dan Pakar Perunding Kanan Hospital Raja  Perempuan Zainab II Dr Rosemi Salleh, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri Datuk  Shukry Mohd Salleh, Pengarah Urusan Systematic Conglomerate Sdn Bhd Dr Wan Azhar Wan Mohd Ali dan Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Kelantan Zulkifli Ab Rahaman.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias berkata sebanyak 84 penerima akan menerima darjah dan pingat kebesaran pada majlis yang akan berlangsung di Istana Balai Besar esok manakala majlis penganugerahan bagi penerima lain akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Beliau berkata pengurniaan darjah kebesaran itu tidak mempunyai kaitan dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan seperti kelaziman kerana sambutan itu pada kali ini hanya membabitkan majlis tahlil di semua masjid sahaja.

"Pemangku Raja Kelantan pada bila-bila masa berhak mengurniakan darjah kebesaran ini yang kebetulan  berlangsung pada hari esok," katanya.

Esok dan lusa adalah cuti umum di Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Ke-60.

- Bernama   

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.