Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pertemuan Najib-Obama Isnin ini
Diterbitkan:  Apr 9, 2010 2:56 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Barack Obama di luar Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington, Amerika Syarikat, Isnin ini.

NONE Perdana Menteri berkata tarikh dan masa mesyuarat itu telah disahkan dan mereka akan membincangkan isu-isu dua hala.

    

"Walaupun ia adalah mesyuarat dua hala, saya bersedia membincangkan perkara berkaitan ASEAN sekiranya Obama membangkitkan isu itu," kata Najib selepas

menghadiri hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-16 di Pusat Konvensyen Kebangsaan di Hanoi hari ini.

    

Najib akan berlepas ke Washington dari Kuala Lumpur malam ini untuk menyertai 40 pemimpin dunia pada sidang kemuncak dua hari itu bermula Isnin ini.

    

Kehadiran Najib dalam sidang kemuncak itu adalah atas jemputan Presiden Obama menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada perdana menteri akhir tahun lalu.

    

Sidang itu dihoskan oleh Obama dengan tujuan meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam mengelak keganasan nuklear, iaitu ancaman serius kepada keselamatan global.

- Bernama

ADS