Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
21 terbunuh, 800 cedera bertempur di Bangkok
Diterbitkan:  Apr 11, 2010 9:41 AM
Dikemaskini: Apr 12, 2010 1:47 AM

Pasukan keselamatan Thaland bertempur dengan pendemonstrasi di tengah-tengah ibukota Bangkok, mengakibatkan 21 orang terbunuh dan lebih 800 cedera, dalam keganasan politik yang terburuk di negara itu dalam tempoh dua dekad ini.

red shirts protest in thailand bangkok 8

Seorang jurukamera agensi berita Reuters adalah antara yang terbunuh ketika pihak tentera melancarkan gerakan membanteras "Red Shirt" penyokong bekas perdana menteri, Taksin Shinawatra, yang melancarkan demonstrasi besar-besaran sejak hampir sebulan lalu.

Penyokong "Reds Shirt" membaling batu ketika anggota tentera berusaha mengambil alih dua tapak demonstrasi itu dilancarkan, dengan menggunakan gas pemedih mata, manakala bunyi tembakan bergema di sekitar ibukota itu.

Mereka yang terbunuh, termasuklah 11 orang awam dan empat anggota tentera, demikian menurut pihak perkhidmatan kecemasan, sambil menambah, kira-kira 680 orang tercedera terkena tembakan peluru getah.

Ia merupakan pertembumgnan politik terburuk sejak 1992, dan di Washington, Rumah Puteh menggesa supaya kedua-dua pihak - pendemonstrasi dan pihak keselamatan - supaya bertenang.

Kesan darah kelihatan di sekitar daerah yang bersejarah di ibukota itu, berhampiran Khao San Road, manakala ambulans kelihatan mengejarkan mangsa, manakala anggota tentera yang cedera diangkut dengan trak.

"Ia amat menakutkan sekali. Kami terdengar letupan dan orang ramai bertempiaran lari," kata seorang pelancong Israel, Sharon Aradbasson.

Khao San Road berubah menjadi umpama zon peperangan. Cermin kedai pecah manakala kereta pula dirosakkan.Ramai yang cedera kelihatan di jalan raya.

red shirt protest in thailand bangkok 3 Polis memberita wartawan bahawa pendemonstrasi telah menyalakan beberapa tong gas masak dan menggolekkannya ke arah pasukan tentera.

[Baca berita penuh]

 

 

 

 

 

 

 

 

ADS