Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zambry: Tak wajar baling telur di masjid
Diterbitkan:  Apr 18, 2010 8:43 PM
Dikemaskini: 1:18 PM

Tindakan pemimpin dan penyokong pembangkang yang membaling telur busuk pada perhimpunan membantah isu syarikat perunding, Apco Worldwide di perkarangan Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh Jumaat lalu jelas menggambarkan sikap sebenar pembangkang.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata kejadian yang berlaku itu menggambarkan sikap dan tingkah laku mereka yang tidak sewajarnya dilakukan apatah lagi di tempat yang mulia dan suci.

NONE "Bagi saya, tidak wajar tindakan sebegini...apa yang  berlaku jelas menunjukkan tindakan ini lebih bermotifkan politik bagi meraih simpati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-31 Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pangkor hari ini.

Pada Jumaat lalu, pemimpin dan penyokong pembangkang yang menyertai perhimpunan itu di pekarangan masjid itu membaling telur hingga mencemari masjid dan jemaah yang baru selesai solat Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 2.05 petang itu, peserta perhimpunan anjuran Pemuda Pakatan Rakyat Perak itu dibekal plastik berisi telur busuk dan diminta membalingnya ke arah papan tanda yang turut tertera logo Israel dengan lambang Umno di tengah-tengahnya, manakala di kiri  kanan diletakkan logo 1Malaysia dan 1Israel, selain tertera perkataan Apco dan Zionis.

NONE Zambry berkata  dalam apa juga tindakan yang ingin dilakukan, pihak berkenaan perlu memastikan kebenaran tuduhan yang dilemparkan terhadap syarikat perunding itu sebelum sebarang tindakan diambil.

"Seandainya ia benar-benar berlaku...ambil cara terbaik dalam mengatasi isu ini dan bukannya dengan menjadikan rumah ibadah kita sebagai tempat untuk meluahkan pandangan berunsur politik," katanya.

- Bernama

ADS