Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ezam serah bukti kaitkan Anwar dengan Yahudi, esok
Diterbitkan:  Apr 21, 2010 7:57 PM
Dikemaskini: 12:00 PM

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Nor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai dakwaan kaitan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.

NONE Katanya, “dossier” (maklumat) itu akan diserahkan kepada anggota-anggota Parlimen esok.

"Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Datuk Seri Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di Hulu Selangor hari ini.

Ezam berkata, beliau sanggup menjadi saksi di mahkamah atau mana-mana peringkat jawatankuasa parlimen berhubung perkara itu.

- Bernama

ADS