Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekiranya kerajaan ikhlas untuk mengetahui pandangan umum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mereka hanya perlu ke Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Aktiviti Hari Buruh pada 1 Mei, sabtu ini akan menyaksikan bantahan secara aman terhadap GST yang didakwa akan ‘memiskinkan golongan miskin’.

Lebih 1,00 gmi indonesian embassy memo isa detainees 180108 e nalini 0 orang dijangka akan mengambil bahagian.

Ketika dihubungi penyelaras bantahan itu, E Nalini berkata pelaksanaan GST akan mempengaruhi setiap rakyat di Malaysia.

Pada Mac lalu, kerajaan menangguhkan perdebatan rang undang-undang GST dengan alasan bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.Bil berkenaan dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada Disember lalu.

“Ini adalah maklum balas kami, kami 100 peratus menentang GST kerana ia akan membebankan rakyat. Kami mahu GST dimansuhkan,” kata Nalini.

NONE Antara NGO yang akan hadir pada Sabtu lalu ialah Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Suaram, Saya Anak Bangsa Malaysia dan Shabat Wanita, bersama dengan parti politik seperti PSM dan PAS serta juga kumpulan hak asasi manusia.

Nalini berkata isu lain yang membabitkan pekerja seperti gaji minimum akan juga ditimbulkan pada perhimpunan di Dataran Merdeka itu.

[Baca berita penuh]

ADS