Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika penunjuk perasaan berhimpun di Kuala Lumpur bagi menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hari ini. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) pula sedang mempertimbangkan kaedah terbaik bagi melaksanakannya.

Menurut ahli majlis tersebut Danny Quah - yang juga profesor daripada Sekolah Ekonomi London (LSE) - majlis tersebut mencadangkan pengurangan cukai pendapatan dan korporat untuk mengurangkan kesan GST.

danny quah lse alumni dinner 010510 "Kami cadangkan pengurangan satu peratus daripada cukai korporat dan cukai pendapatan setiap tahun untuk tempoh tiga hingga lima tahun lagi, pada masa yang sama dilaksanakan cukai broad-based seperti GST," katanya.

Sebagai tambahan kepada langkah itu, tambahnya, kira-kira 80 peratus pekerja di Malaysia yang tidak perlu membayar cukai pendapatan akan dibenarkan mendapat rebat.

Bercakap kepada pemberita selepas berucap di program alumni LSE di Kuala Lumpur malam tadi, Quah berkata, langkah itu merupakan sebagagian daripada reformasi percukaian yang dipertimbangkan untuk versi terakhir Model Ekonomi Baru (MEB).

[Baca berita penuh]

ADS