Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GST tak dilaksana sebelum dua akta diluluskan
Diterbitkan:  May 5, 2010 3:51 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilakukan sehingga kerajaan meluluskan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Awang Adek Hussin.

asli capital market summit 131107 awang adek Beliau berkata, akta tersebut dilihat mampu mengawal peniaga daripada bertindak mengambil untung berlebihan selepas GST dilaksanakan kelak.

Akta itu kini dalam proses penilaian terakhir Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini.

"Ada kebimbangan bahawa mungkin ada peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan harga barang mereka atas alasan GST untuk mendapat keuntungan berlebihan.

"Justeru atas faktor kebimbangan tersebut perlu ada undang-undang yang boleh membasmi peniaga-peniaga ini daripada mengambil untung berlebihan, iaitu akta tersebut (Kawalan Harga dan Anti Pencatutan) perlu diluluskan terlebih dulu sebelum GST dilaksanakan," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Nor Hayati Onn di Dewan Negara, hari ini.

may first worker against gst gathering 010510 banner 04 Nor Hayati ingin tahu bila kerajaan akan melaksanakan GST dan usaha terkini kerajaan bagi memastikan pelaksanaannya diterima masyarakat.

Awang Adek berkata, kerajaan turut sedar pada masa ini tahap pemahaman rakyat terhadap GST masih belum menyeluruh sehingga timbul kebimbangan dan kerisauan bahawa pelaksanaan GST boleh menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik

.

"Sebenarnya banyak kelebihan dan faedah yang akan diperolehi oleh kerajaan dan negara dengan pelaksanaan GST ini, antaranya ia mampu mengembangkan cukai kerajaan yang selama ini banyak bergantung pada cukai pendapatan dan petroleum.

"Selain itu ia juga akan mengukuhkan hasil kewangan kerajaan dalam jangka masa panjang yang akan memberi kerajaan sumber kewangan dalam menjalankan agenda pembangunan kerajaan dan membayar gaji penjawat awam yang lebih tinggi," katanya.

kuala terengganu by election bn dinner 140109 free food Katanya, orang ramai juga tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga barangan memandangkan banyak barang keperluan dibebaskan daripada dikenakan GST.

Antara barang keperluan yang tidak dikenakan GST adalah produk pertanian seperti padi dan sayur-sayuran segar, barang makanan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, binatang ternakan dan daging seperti lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik, telur (termasuk telur masin), ikan, udang, kerang, dan sotong (termasuk yang dikeringkan dan dimasinkan).

"Perkhidmatan yang sifar GST pula seperti bekalan elektrik bagi 200 unit pertama setiap bulan untuk pengguna domestik, bekalan air bagi 35 meter padu pertama setiap bulan untuk pengguna domestik, barang dan perkhidmatan yang dieksport dan perkhidmatan antarabangsa," katanya.

intel factory workers malaysia 220109 Menurutnya, GST juga memberi kelebihan kepada peniaga dan pengilang kerana mereka boleh menuntut semula cukai yang dikenakan ke atas input yang digunakan dalam barangan yang dihasilkan atau dalam perniagaan mereka.

"Ini bermakna mereka hanya perlu membayar cukai ke atas nilai ditambah oleh mereka sahaja bagi mengelak cukai bertindih atau cukai berganda," katanya.

Pada masa sama, katanya, hanya syarikat perniagaan yang mempunyai jualan lebih besar daripada RM500,000 setahun saja tertakluk kepada GST.

forex currency exchange money market 141008 01 "Ini bererti 78 peratus atau 433,558 entiti perniagaan akan dikecualikan daripada sistem GST.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kadar GST empat peratus yang dicadangkan juga mengurangkan beban cukai yang perlu ditanggung oleh rakyat sebelum GST dilaksanakan iaitu secara purata adalah 2.53 peratus berbanding sebelum GST 2.88 peratus.

"Bagi golongan miskin, cukai yang perlu ditanggung selepas GST dilaksanakan adalah sebanyak 2.17 peratus berbanding 2.38 peratus (cukai sebelum GST dilaksanakan), golongan berpendapatan rendah 2.43 peratus berbanding 2.75 peratus, golongan sederhana 2.57 peratus, berbanding 2.94 peratus dan golongan berpendapatan tinggi 2.74 peratus berbanding 3.13 peratus," katanya.

- Bernama

ADS