Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: ADUN Kerdau tak lagi kritikal, kian pulih
Diterbitkan:  May 15, 2010 9:43 PM
Dikemaskini: 1:51 PM

Kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim ( bawah, kiri ), yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) kini bertambah baik dan stabil.

NONE Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata Zaharuddin sudah boleh bercakap dan ceria serta tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh seorang pegawai daerah yang melawat Zaharuddin di IJN semalam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Festival Hari Guru 2010 di Kuantan hari ini.

Adnan berkata, sepanjang ketiadaan Zaharuddin, kawasan Kerdau di bawah seliaan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, dan pegawai khas agamanya yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Katanya, mereka akan memangku tugas Zaharuddin sehingga beliau pulih untuk kembali menjalankan tugas.

 - Bernama

ADS