Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pekan, Rompin kawasan jelapang padi baru
Diterbitkan:  May 17, 2010 6:48 PM
Dikemaskini: 10:53 AM

Daerah Pekan dan Rompin akan dijadikan kawasan jelapang padi terbaru di negara ini selepas projek menaiktaraf kawasan penanaman padi di dua lokasi berkenaan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

noh omar statement in paper parliament pc 301105 noh omar

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata selaras dengan hasrat itu, satu Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) akan diwujudkan untuk menyelaras semua projek berkaitan menaiktaraf kedua-dua kawasan berkenaan.

Beliau berkata, daripada kajian yang dijalankan, kawasan sawah padi di Pekan dan Rompin yang sedia ada berupaya dijadikan sebagai jelapang padi, sekali gus dapat meningkatkan penghasilan beras negara.

"Justeru kita akan wujudkan IADA untuk membangunkan kawasan jelapang padi di kedua-dua daerah ini yang keseluruhannya membabitkan keluasan 11,343 hektar iaitu 6,017 hektar di Pekan dan 5,326 hektar di Rompin," katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas melancarkan projek menaiktaraf skim pengairan paya Pahang Tua/Langgar dan merasmikan Rumah Pam Langgar di Kampung Langgar di Pekan, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Negeri Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Hashim Abdullah.

Noh rice paddy padi beras from thailand in malaysia 190307 berkata, sehingga kini terdapat lapan IADA di seluruh negara yang menyelaraskan pembangunan di kawasan jelapang padi dan membuat kajian bagi membangunkan semula kawasan sawah terbiar.

Beliau berkata, kerajaan akan memperuntukkan RM82 juta bagi membangunkan semula kawasan tanah sawah terbiar di Pekan dan Rompin untuk mempercepatkan usaha menjadikan kawasan itu sebagai jelapang padi.

"Berdasarkan kajian kita, sebanyak RM53 juta akan diperuntukkan untuk Pekan manakala RM29 juta di Rompin bagi memulihkan semula tanah sawah padi yang terbiar ini untuk diusahakan kembali.

"Kos yang kita peruntukkan ini adalah lebih murah berbanding sekiranya kita mahu membuka kawasan sawah padi yang baru," katanya.

Noh berkata, beliau juga akan meminta supaya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menubuhkan sebuah Stesen Penyelidikan Mardi di sini bagi membuat kajian pembangunan padi bagi kedua-dua kawasan terbabit.

Dalam pada itu, Noh berkata kementerian sedang membuat kajian untuk membangunkan semula kawasan tanah sawah yang terbiar di seluruh negara bagi meningkatkan pengeluaran padi nasional seiring dengan pertambahan penduduk.

Beliau berkata, dalam usaha membantu pesawah, sebanyak 70 peratus kos kerja penanaman padi ditanggung kerajaan dalam pemberian pelbagai subsidi dan insentif.

"Sebanyak RM3 bilion diperuntukkan bagi tujuan itu seperti pemberian racun serangga dan baja, baja tambahan, meratakan tanah, perkapuran tanah dan sebagainya," katanya.

- Bernama

ADS