Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP Kapar masih bersama PKR
Diterbitkan:  May 22, 2010 4:08 PM
Dikemaskini: 8:52 AM

Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar daripada PKR hari ini.

"Ini semua cakap-cakap yang dicipta oleh si licik yang cuba merenggangkan hubungan saya dengan pemimpin parti.

"Semua mereka boleh terus bermimpi ahli parlimen Kapar akan melompat," katanya dalam blog.

Manikavasagam berkata, beliau menerima banyak panggilan telefon sejak pagi tadi bertanyakan tentang satu sidang media pada jam 2 petang di Shah Alam, di mana beliau dikatakan akan hadir bersama dua wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada Kedah.

Mendengar khabar angin itu, kira-kira 30 wartawan sudah sedia menunggu pengumuman yang tak kunjung tiba itu di sebuah hotel.

Sehingga jam 2.30 petang, tiada sebarang kelibat pihak terbabit kelihatan.

Manikavasagam dipercayai dikaitkan dengan khabar angin itu apabila beliau dilihat 'bertegang' dengan Menteri Besar Selangor dan pemimpin Pakatan berhubung dakwaan penyelewengan dalam syarikat kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Kes itu kini dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), bawah DUN Selangor.

[Baca berita penuh]

ADS