Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dompok: Status Sabah, Sarawak tak sama
Diterbitkan:  May 23, 2010 7:54 AM
Dikemaskini: May 23, 2010 1:58 AM

Sabah dan Sarawak tidak boleh dilihat dalam konteks yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung kerana kedua-dua negeri itu bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok.

bernard dompok 230109 "Berasaskan tujuan tertentu, bapa-bapa pengasas pada ketika itu telah membayangkan satu situasi untuk Sabah dan Sarawak serta Persekutuan Tanah Melayu membentuk sebuah negara bernama Malaysia.

"Saya rasa semangat perjanjian itu dicerminkan hari ini menerusi pentadbiran kerajaan Sabah dan Sarawak yang mempunyai kabinet masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Kaamatan Kampung Madsiang, di Penampang semalam.

Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diminta mengulas isu yang dibangkitkan pensyarah Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ranjit Singh semasa seminar mengenai polisi awam di sini pada Khamis lalu.

Pensyarah di Kolej Perundangan, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa itu dalam kertas kerjanya bertajuk "Politik dan Polisi Sabah dan Hubungan Persekutuan-Negeri 1963-1995", berkata Sabah dan Sarawak tidak boleh mendakwa Malaysia adalah perkongsian sama rata di antara tiga anggota.

sabah independence 16 september 1963 Dompok berkata apabila Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia, peruntukan tertentu telah dibuat bagi memastikan hak kedua-dua negeri Borneo itu terpelihara dan terjaga, termasuk sistem pentadbiran dan kuasa ke atas isu-isu berkaitan imigresen.

Sementara itu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata faktor sejarah telah memberi asas kepada Sabah untuk menikmati kuasa autonomi tertentu berbanding negeri-negeri di Semenanjung.

"Dr Ranjit mengeluarkan pandangan daripada segi akademik," katanya.

sarawak independence 16 september 1963 "Cabaran di sini bukan saja untuk memahami keunikan di Semenanjung Malaysia tetapi juga untuk masyarakat Semenanjung termasuk pembuat-pembuat keputusan memahami sistem kita (Sabah dan Sarawak)," katanya.

Dengan kata lain kata Masidi, tidak wujud satu polisi yang boleh digunapakai oleh semua.

"Polisi mesti dibuat mengikut keperluan di Sabah dan Sarawak," katanya.

- Bernama

ADS