Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adun Kerdau sudah boleh makan, bercakap
Diterbitkan:  May 26, 2010 5:38 PM
Dikemaskini: 9:40 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, yang dirawat di Institut Jantung Negara, kini boleh makan dan bercakap, kata seorang anaknya.

NONE "Tengah hari semalam keadaan beliau bertambah pulih, beliau dah boleh bercakap, walaupun dalam nada yang perlahan tapi masih boleh difahami," kata anaknya, Ikhwan, ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, bapanya kini boleh makan walaupun dengan hanya makanan yang lembut seperti bubur.

"Walaupun beliau tidak pulih sepenuhnya tetapi beliau menunjukkan respon yang baik dan sekurang-kurangnya beliau boleh menerima makanan yang lembut sedikit demi sedikit," katanya.

Zaharuddin, 63, dimasukkan ke IJN pada 9 Mei lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Beliau dimasukkan ke Hoshas pada 3 April lalu selepas mengadu sakit di bahagian perut.

Sabtu lalu, Zaharuddin dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

- Bernama

ADS