Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tanpa gentar, seorang lagi ahli jawatankuasa (AJK) pusat MIC P Palaniappan tampil menghentam presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu hari ini.

Kata gas pc mic 270510 palaniappan nya, beliau sedih dan kesal dengan tindakan Samy Vellu memecat beberapa pemimpin parti India itu sebelum ini kerana mengkritik kepimpinannya.

Menurut Palaniappan, terdapat pilihan lain bagi menangani kes tersebut, antaranya melalui jawatankuasa disiplin parti.

Samy Vellu sebelum ini memecat empat pemimpin parti itu, dua daripadanya anggota jawatankuasa pusat.

Seorang daripadanya V Mugilan - sebelum ini menjawat timbalan ketua pemuda MIC - melancarkan dan mengetuai 'serangan' balas mereka, melalui Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) yang merancang menghimpunkan 10,000 orang Ahad ini untuk membantah kepimpinan Samy Vellu.

Menjelang tiga hari lagi perhimpunan besar anti-Samy Vellu di PWTC Ahad ini, tindakan Palaniappan itu dilihat memberikan tamparan hebat kepada presiden MIC selama 31 tahun itu.

Berc gas pc mic 270510 kp samy kumar amaan akap dalam sidang media di sebuah restoran mamak di Petaling Jaya, Palaniappan turut ditanya sama ada beliau tidak risau mengalami nasib yang sama dengan disingkirkan daripada MIC.

"Saya sanggup dipecat. Sebab itu saya ada di sini," jawapnya sambil mendakwa tampil melakukan semua itu demi memastikan MIC tidak lagi menjadi "parti tanpa sokongan rakyat".

Dalam sidang media itu, beliau ditemani dua pemimpin MIC bahagian yang turut berkongsi pandangan yang sama iaitu Datuk S Kumar (Dusun Tua) dan M Karunanidhi (Klang).

Kira-kira setengah jam sebelum itu, di tempat yang sama Mugilan turut mengadakan sidang medianya mendedahkan usaha 'menggagalkan' perhimpunan GAS Ahad ini.

Ditanya samy vellu mic sama ada beliau akan menyertai GAS, Palaniappan menjawab spontan:

"Sebab saya belum dipecat lagi," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 15 pemberita dalam dewan kecil di restoran itu.

"Lagi pun saya tidak buat salah. Saya hanya memberikan pandangan bagaimana parti patut tangani isu (pergolakan dalaman MIC) ini."

ADS