Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Isu pemotongan subsidi menjadi antara isu utama yang dibangkitkan dalam mesyuarat cawangan Umno yang sedang berlangsung sejak 1 Mei lalu.

Di Kedah, timbalan ketua penerangan Umno negeri itu Datuk Zubir Saad berkata, isu tersebut ditimbulkan dalam mesyuarat kali ini dengan saranan supaya kerajaan mengkaji semula cadangan pengurangan subsidi tersebut.

rice paddy padi beras from thailand in malaysia 190307 "Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, apabila subsidi dibatalkan, (harga) barang-barang akan naik.

"Jadi kami mengharapkan agar (pengurangan) subsidi ini dikaji semula supaya ia tidak membebankan rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Gesaan itu timbul berikutan keadaan semasa yang menunjukkan peningkatan hutang kerajaan kepada RM300 bilion dan ancaman muflis dalam tempoh sembilan tahun sekiranya pemberian subsidi diteruskan.

Selain isu subsidi, Zubir juga berkata, isu perpecahan di kalangan pemimpin bahagian juga turut dibangkitkan dalam mesyuarat cawangan kali ini.

Pemimpin bahagian yang telahpun tewas dalam pemilihan sebelum ini dikesan "mewujudkan perpecahan" di kalangan penyokong peringkat cawangan, katanya lagi.

Perlu terima kekalahan

"Isu perpecahan ini berlaku bukan berpunca daripada penyokong tetapi pemimpin itu sendiri. Perpecahan yang saya maksudkan ialah perpecahan di peringkat bahagian.

NONE “Pemimpin di peringkat bahagian mencipta perpecahan dengan adanya puak-puak penyokong mereka. Mana-mana ketua bahagian yang telah kalah, perlu terima kekalahan.

"Oleh itu, pemimpin di peringkat cawangan berharap agar pemimpin di peringkat bahagian supaya elak dari berpecah," katanya.

Selain di Kedah, isu pemberian subsidi turut menjadi antara agenda utama mesyuarat cawangan parti itu di Selangor.

abdul rahman palil Ini diperhatikan oleh ketua Umno bahagian Kapar Datuk Abdul Rahman Palil yang turut berpendapat, mekanisme sedia ada perlu diubah bagi membolehkan golongan sasarnya mendapat manfaat berkenaan.  

"Pemberian subsidi tidak boleh dihapuskan tetapi perlu distrukturkan semula. Mekanisme cara pemberian subsidi perlu diberi kepada mereka yang betul-betul layak supaya ia tidak disalahgunakan.

"Subsidi bukan untuk memanjakan rakyat sebaliknya ia untuk menyelamatkan negara dan rakyat," ujarnya lagi.

Mesyuarat kali ini juga banyak melakukan usaha 'pemutihan' di kalangan keanggotaannya, kata Abdul Rahman lagi.

Jelasnya, sesi mesyuarat tersebut menyaksikan senarai ahli setiap cawangan tersebut disemak satu persatu.

Semakan itu perlu untuk menghapuskan "duri dalam daging" di peringkat cawangan, katanya lagi.

Tambahnya, nama-nama itu kemudiannya dibuang daripada senarai ahli di setiap cawangan terlibat.

Day 1 - 59th UMNO general assembly Mesyuarat cawangan kali ini akan berakhir pada 15 Jun, diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai.

Perhimpunan agung parti itu pula akan berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober depan.

ADS