Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham: Polis hilang 62 senjata api sejak 2001
Diterbitkan:  Jun 9, 2010 7:21 PM
Dikemaskini: 11:58 AM

Pihak polis telah kehilangan 62 senjata api sejak tahun 2001, kata menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini.

azlan Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), beliua mendedahkan bahawa polis telah kehilangan 36 pucuk pistol semi-automatik, 51 revolver dan dua sub-machine gun sejak 2001.

“Bagaimanapun , 28 unit daripadanya - empat pucuk pistol semi-automatik dan 24 revolver telah dijumpai semula,” kata Hishamuddin.

Chua membuat permohonan bertulis meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan jumlah kes kehilangan peralatan logistik milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2001 hingga kini.

Beliau juga ingin mengetahui jumlah peruntukan bagi meningkatkan kelenfgkapan PDRM sejak tahun 2005 hingga kini.

Dalam jawapannya, Hishamuddin menyenaraikan 58 kes kehilangan kenderaan PDRM yang membabitkan 49 motosikal, tiga kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

[Baca berita penuh]

ADS