Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengawal dakwa isteri Sultan gangu ketenteraman
Diterbitkan:  Jun 19, 2010 7:59 PM
Dikemaskini: 12:23 PM

Seorang pengawal Istana Mahkota, Kubang Kerian di Kota Bharu membuat laporan polis terhadap isteri kedua Sultan Kelantan Cik Puan Elia Suhana Ahmad, yang didakwa melakukan gangguan ketenteraman awam di perkarangan Istana ketika cuba melawat suaminya pada 23 Mei lalu.

azlan Pengawal itu, Muhamad Khairul Abdullah, 24, berkata Elia Suhana, 31, didakwa mengganggu ketenteraman awam di istana tersebut walaupun telah dimaklumkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra tidak perkenan bertemu dengan isteri kedua baginda itu dan perkarangan istana itu merupakan kawasan yang 'sensitif'.

"Laporan tersebut di buat di Balai Polis Kubang Kerian di Kota Bharu pada jam 8.08 malam pada Khamis lalu.

"Saya mengharapkan polis selepas ini dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya dengan serta merta dan seadil-adilnya," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Katanya Elia Suhana juga membawa beberapa anggota polis dan kakitangan kerajaan negeri bagi tujuan tersebut.

Meskipun Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah di Kota Bharu membenarkan Elia Suhana melawat suaminya, beliau sekali lagi dihalang daripada memasuki Istana Mahkota untuk menemui baginda pada 23 Mei lalu.

Pada 20 Mei lalu Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Rayuan telah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Feb lalu.

- Bernama

ADS