Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peterpan serah diri berhubung klip video lucah
Diterbitkan:  Jun 22, 2010 5:21 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Vokalis rock Indonesia, Nazril Ariel hari ini menyerah diri kepada polis berhubung penyebaran dua video seks membabitkannya dengan dua artis wanita yang juga teman wanitanya.

NONE Penyanyi utama Peterpan itu dikaitkan dengan skandal "Peterporn” itu menjadi bualan ramai sejak klip video seksnya bersama dua artis wanita tersebar di laman sosial internet, awal bulan ini.

“Ariel menyerah diri hari ini jam 3 pagi (waktu Indonesia) selepas polis menjadikannya suspek bagi penyebaran video yang menyalahi undang-undang antipornografi.

"Kalau dia tidak menyerah diri, kami tetap akan menahannya," kata jurucakap polis, Zainuri Lubis.

“Mengikut undang-undang Indonesia, polis mempunyai kuasa untuk menahannya sehingga tempoh 24 jam. Kami akan membuat keputusan seterusnya sama ada dia akan terus ditahan," katanya.

Video itu menunjukkan Ariel sedang mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, Luna Maya dan bekas teman wanita, Cut Tari dalam dua kejadian berlainan.

- AFP

ADS