Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi parti komponen BN sokong judi sukan
Diterbitkan:  Jun 25, 2010 4:16 PM
Dikemaskini: 8:49 AM

Selepas MCA, PPP, sebuah lagi parti komponen BN hari ini melahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pertaruhan judi sukan di negara ini.

MIC m NONE enerusi presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu dalam kenyataan media berkata parti terbesar India itu tidak menentang cadangan untuk membenarkan pertaruhan sukan di negara ini kerana ia membabitkan golongan bukan Islam sahaja.

"Saya berpendapat ia harus dibenarkan bagi membendung perjudian haram. Ia bukan sesuatu yang baru kerana perjudian sah dalam bentuk lain sudah ada untuk bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya adalah lebih baik untuk mengawal pertaruhan sukan dengan adanya peraturan yang perlu dipatuhi.

Beliau berkata, wang yang dikutip dalam bentuk cukai dari syarikat yang mengendalikan pertaruhan sukan akan dapat digunakan untuk tujuan kebajikan bukan Islam.

ADS