Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta kerajaan persekutuan hari ini berjaya mendapatkan permohonan penangguhan keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan supaya laporan audit dan perjanjian konsesi air yang ditandatangani dengan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) didedahkan kepada awam selewat-lewatnya pada 5 Julai ini.

Pesuruhjaya kehakiman Hadhariah Syed Ismail ketika membenarkan permohonan itu berkata jika ditolak dan rayuan dibawa ke Mahkamah Rayuan serta berjaya, maka permohonan kerajaan persekutuan akan menjadi sia-sia.

"Saya d NONE alam dilema semasa membenarkan penangguhan kerana saya berpendapat perlu ada ketelusan dalam perjanjian kerana air adalah hak asas,” katanya.

Hadhariah yang mengeluarkan perintah itu pada Isnin lalu membenarkan penangguhan keputusan dalam saman dikemukakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 yang lain memohon agar semakan kehakiman bagi mendapatkan akses maklumat dokumen berkenaan.

Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan, hari ini berhujah bahawa pendedahan dokumen berkenaan akan menjejaskan pentadbiran harian jentera kerajaan dan kepentingan orang ramai secara keseluruhannya.

Beliau berkata, laporan audit tidak boleh didedahkan kerana dokumen itu diklasifikasikan sebagai sulit dan rahsia mengikut Seksyen 2A Akta Rahsia Rasmi 1972.

Bagaimanapun Hadhariah menerima tuntutan MTUC supaya pejabat Peguam Negara memfailkan permohonan supaya ia didengar secepat mungkin.

Presiden MTUC, Syed Shahrir Syed Mohamud ( atas, tengah ) melahirkan kekecewaannya berhubung penghakiman itu dan berkata membelakangi janjinya untuk lebih telus dan terbuka dalam pentadbiranya.

Ahli parlimen Klang  Charles Santiago yang juga merupakan salah satu pemohon berkata tindakan kerajaan persekutuan membelakangkan dasar ketelusan dan keterbukaan seperti yang dikrarkan semasa pembentangan Model Baru Ekonomi dasar 1Malaysia.

"Ia dilihat seperti satu keputusan "flip flop" dan tidak akan menghantar isyarat yang tepat kepada pelabur." 

[Baca berita penuh]

ADS