Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu berkata penilaian beliau terhadap Umno itu mendapati ianya kini "sangat baik dan stabil".

"Kalau dahulu ada dua kumpulan berentap. Kini saya tengok stabil. Tidak ada kumpulan tertentu yang memecahbelahkan (Umno) negeri kepada dua.

"Cuma kita nak cuba anjakkan kepada tahap yang lebih agresif, lebih menjurus kepada pilihan raya dengan menyedarkan ahli-ahli supaya bekerja kuat, dan mendekati rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sedang di Dewan Tun Razak Institut kemajuan Desa (INFRA) di Bangi petang ini.

"Masa sudah sampai untuk kita bangkit, untuk kita tunjukkan kepada orang ramai, bahawa Umno sudah sedar Insaf dan bermuhasabah diri untuk melakukan transformasi.

"Masa sudah sampai untuk kita bangkit, untuk kita tunjukkan kepada orang ramai, bahawa Umno sudah sedar Insaf dan bermuhasabah diri untuk melakukan transformasi," katanya yang juga naib presiden Umno.

Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri turut ditanya mengenai cadangan rakan sejawatnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi supaya pengerusi perhubungan Umno negeri diserahkan kepada pemimpin Umno negeri.

Selain Hishammuddin yang mengetuai Umno Terengganu, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai Umno Selangor dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pengerusi Umno Wilayah Persekutuan.

Katanya, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan berhubung saranan tersebut.

"Kita sedang membuat perancangan ke arah persediaan parti berdepan dengan pilihan raya umum ke-13.

'Bermakna perancangan kita dalam konteks perjalanan ke hadapan mengambil kira, semua aspek termasuk kepimpinan di peringkat negeri, usaha untuk memperkasakan ahli bahagian dan cawangan dan program-program akar umbi pun diambil kira.

"Saya percaya bahawa Datuk Seri Zahid menyatakan dalam konteks yang lebih luas dengan melihat semua aspek termasuk kepimpinan tertinggi parti khususnya presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

"Saya percaya bahawa (saranan itu) akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti. Amanah yang diberikan adalah satu perkara yang kita akan pikul. Tetapi dalam konteks untuk menghadapi pilihan raya ke-13, kepimpinan semua peringkat mesti diteliti dengan baik-baik kerana yang hendak pastinya adalah kemenangan calon-calon kita yang dipilih di setiap negeri," katanya.

ADS