Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Usah politikkan kes pelajar RMC mati didera
Diterbitkan:  Jul 10, 2010 3:45 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Kes kematian pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC), Mohamad Naim Mustaqim Mohd Sobri, 16, yang dipercayai akibat dibuli dan didera pelajar senior baru-baru ini tidak sepatutnya dipolitikkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

NONE Beliau berkata, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengambil semua tindakan yang sewajarnya termasuk menyerahkan kepada pihak polis untuk membawa suspek kes itu ke muka pengadilan serta tindakan menukar seorang pegawai di maktab itu.

Katanya, ada pihak yang mahu kes itu dipolitikkan tetapi pihak yang bertanggungjawab seperti ATM sudah bertindak dalam membela masa depan keluarga pelajar itu dan memastikan kejadian serupa tidak akan berulang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Mohamad Naim Mustaqim, di rumah nenek mangsa di Kampung Baru, Siong di Baling hari ini.

Ahmad Zahid meluangkan masa hampir sejam berbual dengan bapa dan ibu mangsa, Mohd Sobri Sopian, 41, dan Fauziah Abd Wahab, 45.

NONE Dalam kejadian itu, mangsa ditemui parah akibat dibuli serta sempat diberi rawatan kecemasan di hospital maktab berkenaan sebelum disahkan mati.

Berikutan itu, lima suspek yang terdiri daripada pelajar maktab berkenaan ditahan polis untuk tujuan siasatan.

Kemudian seorang pelajar tingkatan lima maktab itu yang disyaki terbabit mengakibatkan kematian Mohamad Naim Mustaqim disingkir serta-merta daripada pengajiannya manakala empat lagi rakannya digantung pengajian sehingga siasatan kes selesai.

Sementara itu, Mohd Sobri berkata dia berterima kasih atas kesudian Ahmad Zahid menziarahi mereka serta mendengar masalah yang mereka hadapi selepas kejadian menimpa Mohamad Naim itu.

azlan "Saya berterima kasih kepada kerajaan dan kementerian pertahanan yang begitu mengambil berat kejadian itu dan berharap suspek yang ditahan dapat dihadapkan ke muka pengadilan untuk menerima hukuman," katanya.

Sementara itu, Fauziah yang masih trauma dengan kejadian yang menimpa anak sulung dari tiga beradik itu berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mereka salepas kejadian yang menimpa Mohamad Naim Mustaqim.

- Bernama

ADS