Malaysiakini hari ini secara rasminya melancarkan versi terkini aplikasi popular iPhone, Mobilekini.
Mobilekini 2.0 meliputi dalam empat bahasa, termasuk keupayaan berkongsi kandungannya dengan laman sosial Facebook dan blog mikro Twitter.
Berdasarkan maklum balas daripada pengguna, versi baru ini - yang lebih laju daripada Mobilekini 1.0 - turut menyediakan akses untuk komen pelanggan.
"Kami percaya bahawa Mobilekini ialah aplikasi pertama iPhone yang menyokong empat bahasa," kata Ketua Pengarah Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran (kanan).
"Pembaca kini boleh membaca berita Malaysiakini dalam bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil - semua dalam bahawa ibunda mereka."
Setakat ini lebih 10,000 Mobilekini telah dimuatturun ke perkasasan Apple, termasuk iPhones, iPods dan iPads.
Buat masa sekarang, aplikasi tersebut diberikan percuma.
"Kandungannya buat masa ini disokong oleh iklan. Apabila penggunanya semakin bertambah, Malaysiakini boleh memutuskan untuk mengenakan bayaran baginya," tambah Premesh.