Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CEO nafi letak jawatan ekoran hutang JCorp
Diterbitkan:  Jul 19, 2010 7:02 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim menafikan beliau meletak jawatan ekoran hutang syarikat itu berjumlah RM3.58 bilion.

    

Beliau berkata notis enam bulan peletakan jawatannya dikemukakan kepada lembaga pengarah seperti yang diperlukan mengikut kontrak, yang berakhir hujung tahun.

    

"Lembaga pengarah akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan sama ada menerima atau melanjutkan kontrak, sebelum akhir bulan ini," katanya kepada pemberita pada pelancaran awal Hospital Pakar KPJ Tawakal di ibunegara hari ini.

    

Menjawab soalan mengenai hutang syarikat, Mohammad Ali berkata nilai aset JCorp berjumlah RM12 bilion, termasuk RM6 bilion dalam saham tersenarai dan pada masa ini nilai itu adalah lebih tinggi berbnading hutang.

    

"JCorp tidak akan bangkap. Tarikh pembayaran hutang ialah pada 31 Julai, 2012, dan kami akan berunding dengan bank untuk pembiayaan semula. Hutang merupakan perkara biasa dalam perniagaan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Ali berkata syarikat itu sentiasa mengkaji peluang yang baik untuk memperoleh hospital baru.

    

Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada rancangan untuk mengambil alih Prince Court Medical Centre (PCMC) memandangkan "ia terlalu mahal".

    

PCMC mendapat perhatian baru-baru ini apabila ketua pegawai eksekutifnya serta dua petugas pengurusan utamanya diminta bercuti sementara menunggu keputusan semakan audit.

    

PCMC dimiliki oleh Petronas Hartabina Sdn Bhd, sebuah unit Petronas dan diurus oleh Vamed Healthcare Services Sdn Bhd dan rakan usaha samanya, Medical University of Vienna International Hospital Operations GmbH.

    

Muhammad Ali sebelum itu berkata Hospital Pakar KPJ Tawakal baru berharga RM135 juta, Off Jalan Pahang di ibunegara, dijangka memberi perkhidmatan kepada masyarakat tempatan selain pesakit antarabangsa menerusi program pelancongan kesihatan.

    

Beliau berkata hospital yang mempunyai 504 petugas itu, itu akan dibuka secara rasmi menjelang akhir tahun dan merupakan hospital paling lengkap.

    

KPJ Tawakal Specialist Hospital diurus oleh KPJ Healthcare Bhd, anggota JCorp, dengan rangkaian 19 hospital di Malaysia dan dua di Indonesia.

    

Ia mencatat perolehan RM1.46 bilion dan keuntungan sebelum cukai RM143.89 juta tahun lepas.

- Bernama

ADS