• Najib dituntut jamin keselamatan Tharmendran
  • Salhan K Ahmad
  • 1279613034
  • Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memberi jaminan ke atas keselamatan N Tharmendran, yang memilih untuk tinggal di lokap demi keselamatannnya.

    NONETharmendran yang didakwa berhubung kehilangan dua enjin jet F-5E di pengkalan tentera udara Subang, membatalkan ikatjamin terhadap dirinya selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan.

    Lim (kiri) yang juga ahli parlimen Ipoh Timur berkata, tindakan Tharmendran yang memilih untuk dipenjara demi keselamatannya, memberi gambaran buruk kepada sistem kerajaan di Malaysia.

    "Bolehkah Najib dan kabinetnya memberi jaminan seteguh waja bahawa Tharmendran tidak perlu mendapatkan perlindungan di penjara Sungai Buloh, dan dia akan bebas sepenuhnya dalam jaminan sementara menunggu perbicaraan ke kecurian dua enjin jet itu?

    "Jika tidak, dasar '1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' itu tidak mempunyai kredibiliti atau keabsahan.

    azlan"Ini merupakan satu dakwaan yang amat buruk ke atas sistem kerajaan di Malaysia, bahawa seseorang akan berasa lebih selamat dalam tahanan daripada dibebaskan - kerana takut ditangkap dan diseksa sekali lagi oleh pegawai risikan tentera," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

    Katanya lagi, Tharmendran sebelum ini mendakwa ditahan dan diseksa oleh pegawai tersebut selama tiga minggu.

    "Penderaan yang digemari ialah menyuruh (Tharmendran) memakai topi keledar, di mana dia dipukul berkali-kali, sekuat yang mungkin," katanya lagi.

    Lim juga berkata, isu melibatkan keselamatan dan kebajikan Tharmendran dalam perbicaraan kes tersebut juga menimbulkan persoalan mengenai "keruntuhan institusi" di Malaysia.

    Beliau selanjutnya mengemukakan persoalan bahawa Malaysia akan menuju kehancuran sekiranya keruntuhan institusi dalam sistem kerajaan ini tidak dapat diperbaiki.
    • Gagal dapat perlindungan, Tharmendran pilih penjara
    • PAS: Jangan biarkan Tharmendran jadi PI Bala
    • Bekas sarjan TUDM mohon perlindungan
    • Tharmendran sedang bersembunyi, kata peguam
    • "Saya diseksa pegawai perisik tentera"
    • Kes enjin jet: Tharmendran bayar ikat jamin
    • Kes enjin jet: Permohonan kurang ikat jamin - 6 Julai
    • Kes enjin jet: Jual rumah untuk bayar ikatjamin
    • Kes enjin jet: Bapa dakwa anak dipukul seperti lembu
    • Dua tidak mengaku salah curi enjin jet TUDM