• Ibu dibenar cabar penukaran agama 3 anak
  • Humayun Kabir
  • 1280294316
  • Mahkamah Tinggi Ipoh, akhirnya memberi kebenaran kepada guru tadika, M Indira Gandhi untuk memfailkan semakan kehakiman bagi mengetepi keputusan mahkamah Syariah yang mengesahkan penukaran agama tiga anaknya kepada Islam.

    indira gandhi children custody case 110310 ipoh high courtKeputusan permohonan itu sebelum ini ditangguhkan tiga kali kerana hakim Zainal Adzam Abdul Ghani ingin mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes S Shamala yang hampir sama.

    Indira Ghandi, 35, mengemukakan permohonan untuk membatalkan sijil penukaran agama Islam tiga anaknya.

    Pada April tahun lalu, suaminya, Mohd Ridzuan Abdullah atau nama asalnya, K Pathmanathan, 44, menukar agama Ummu Habibah (Prasana Diksa), dua, UmmuSalamah, (Tevi Darsiny) 13, and Abu Bakar (Karan Dinish), 12.

    Hakim Zainal Adzam Abdul Ghani membuat keputusan dalam kamar di depan peguam Indira, M Kulasegaran.

    Peguam bekas suami Indira tidak hadir.

    Kulasegaran berkata, Indira akan memfailkan semakan kehakiman itu dalam tempoh 14 hari.

    [Baca berita penuh]

    • Keputusan hak penjagaan anak Indira pada 3 Februari
    • Permohonan tangguh hak jaga anak mualaf ditolak
    • Isteri bukan Islam dapat hak jaga tiga anak mualaf