Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lembaga pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) akan bermesyuarat pagi esok untuk menentukan sama ada untuk memenuhi tanggungjawab kepada pemegang bonnya yang membantu membiayai kontraktor utama Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) - Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

azlan Sebelum ini, lembaga pengarah menundakan keputusan pembayaran RM222.58 juta kepada syarikat tujuan khas KDSB - Free Zone Capital Bhd kerana perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung.

PKA sedang menyaman KDSB kerana dakwaan membuat tuntutan lebihan bernilai RM1.4 bilion dan sedang mempertimbang bagi menundakan bayaran kerana bimbang tidak akan mendapatkan dana itu kemudian nanti.

Menurut sumber PKA, langkah berhati-hati itu perlu kerana jika mahkamah membuat keputusan yang memihak PKA, lembaga pengarahnya akan dipertanggungjawabkan jika wang berkenaan gagal dikutip daripada KDSB.

Baga lim kit siang parliament pc 201008 kong cho ha imanapun menteri pengangkutan yang baru, Datuk Seri Kong Cho Ha berkeras mahukan PKA menepati tanggungjawabnya membayar FZCB dan Special Port Vehicle Berhad (SPVB) sebelum pada 31 Julai seperti yang dijadualkan.

Ketika mengesahkan perkara itu kepada waratwan semalam, Kong tidak menjelaskan sebab mengapa kerajaan mencapai keputusan itu.

Kong juga menyepi bila ditanya sama ada dia akan mengguna-pakai Seksyen 3(4) Akta Lembaga Pelabuhan 1963 untuk mengketepikan keputusan lembaga pengarah jika mereka memilih untuk menundakan bayaran.

[Baca berita penuh]

ADS