• Kes Yong: Malaysia kemuka rayuan pengampunan
  • 1280391601
  • Singapura telah menerima permohonan rayuan kerajaan Malaysia berhubung pengampunan seorang pengedar dadah yang dijatuhkan hukuman mati oleh republik itu.

    Menurut jurucakap kementerian luar Singapura, permohonan rayuan pengampunan itu dibuat oleh Menteri Luar Malaysia.

    NONEMerujuk kepada soalan wartawan, jurucakap itu “mengesahkan telah menerima surat rayuan  pengampunan untuk Yong Vui Kong daripada Menteri Luar Malaysia, (Datuk Seri) Anifah Aman".

    "Surat rayuan itu telah dirujuk kepada pihak berkuasa undang-undang,” kata jurucakap itu.

    Yong dijatuhkan hukuman mati melalui tali gantung kerana didapati bersalah pada tahun 2008 kerana mengedar 47 gram heroin ke Singapura.

    Kedua-dua negara Malaysia dan Singapura mempunyai undang-undang anti dadah yang membawa hukuman mati mandotori jika didapati bersalah dan mereka jarang sekali membuat rayuan pengampunan.

    Bagaimanapun Anifah campur tangan selepas mahkamah tertinggi Singapura pada Mei lalu menolak rayuan ke atas hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas Yong yang cuma berusia 19 tahun ketika ditangkap.

    - AFP


    [Baca berita penuh]
    • Must Yong Vui Kong die?
    • Wanted: 100,000 signatures to save Vui Kong
    • Singapura diminta ampunkan Yong