Menjadi satu-satunya perempuan dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri, pengerusi jawatankausa belia, sukan, pembangunan wanita dan komuniti negeri Lydia Ong berasa sungguh sunyi di puncak kuasa.
Dalam persidangan kejantinaan di Pulau Pinang hari ini beliau merayu lebih banyak golongan wanita bekerjasama dengannya dalam arena politik.
Tambahnya golongan wanita terus bersuara tentang penglibatan 30 peratus wanita dalam pelbagai sektor tetapi ia tidak akan berlaku sekiranya golongan itu tidak menawarkan diri ke sesuatu jawatan.
"Kamu hanya kata mahu suara kami didengar, tetapi kamu terus berkata 'saya mahu, saya mahu' tetapi tidak menawarkan diri, kalau begitu tak ada apa boleh bantu kita," katanya kepada 100 peserta dalam seminar di Pulau Pinang hari ini.
"Kamu semua lebih bijak, lebih sempurna dan lebih berkelayakan daripada saya, jadi tolonglah bantu saya," desaknya.
