Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menepis spekulasi sama ada kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negeri, Tan Sri Musa Hassan akan dilanjutkan atau sebaliknya.

"Belum masanya untuk bercakap mengenainya, masih ada masa dalam kontrak beliau," katanya ketika ditemui selepas pelancaran program Msafe di Putrajaya pagi ini.

Beliau memberi jaminan kepada media bahawa apabila kontarak perkhidmatan Musa berakhir, satu pengumuman akan dibuat mengenainya.

Ditanyai sama ada masalah kekurangan pemimpin generasi  berikutnya telah memaksa kontrak perkhidmatan Musa dilanjutkan, Hishammuddin berkata ia tidak berlaku.

"Saya tidak kata begitu. Bagaimana anda boleh mengatakan demikian ketika timbalan IGP duduk dengan saya," kata Hishammuddin yang juga ahli parlimen Sembrong, sambil menoleh ke arah timbalan IPG, Tan Sri Ismail Omar di sebelanya.

Kontrak perkhidmatan Musa menjadi bahan spekulasi ekoran khabar angin yang mendaka ianya mungkin dilanjutkan.

Bagaimanapun, Musa berkata beliau tidak tahu sebarang perkembangan mengenainya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS