Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihak istana tidak sepatutnya dieksploitasikan tetapi sebaliknya diberikan penghormatan sewajarnya.

Beliau merujuk penggunaan potret Sultan Johor, Sultan Ibrahim dalam sepanduk di sebuah ceramah politik di Batu Pahat, baru-baru ini.

Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka baginda berhubung perkara itu.

“Saya tak tahu kenapa ada pihak yang mengeksploitasi kedudukan raja. Tak seharusnya berlaku. Jika disalahgunakan pasti mengundang kemurkaan Sultan Johor.

deputy prime minister muhyiddin yassin at sekolah menengah sains hulu selangor 020410 02 “Apabila Raja sudah murka mereka patut meminta maaf kerana ini adat kita,” katanya pada sidang media selepas pelancaran buku berjudul ‘Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia’ di Kuala Lumpur.

Katanya, pembangkang harus memahami bahawa kedudukan Raja-raja Melayu adalah mengatasi semua.

“Apapun kita mahu pembangkang hormat kepada Raja. Jangan perkecilkan atau mempermainkan hal-hal sebegitu yang boleh menimbulkan salah faham.

Patut pembangkang faham di mana kedudukan Sultan sebagai payung negara, mengatasi kita semua,” katanya.

Ditanya wartawan niat mereka yang membuat poster berkenaan, Muhyiddin berkata beliau tidak faham mengapa ada pihak yang tergamak mengeksploitasi perkara itu yang tidak sepatutnya terjadi.

Mohon maaf

Katanya, beliau tidak pasti sama ada tindakan itu menyalahi undang-undang, tetapi mereka yang bertanggungjawab perlu memohon keampunan dari sultan dan memastikan ia tidak lagi berulang.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan polis sudah merekodkan keterangan daripada 39 individu termasuk ahli politik bagi membantu siasatan berhubung tindakan sebuah parti politik yang menggunakan poster gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada majlis ceramah di Batu Pahat, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata keterangan semua individu itu diambil sejurus polis menerima sembilan aduan daripada beberapa pihak mengenai perkara itu.

"Ketua Polis Daerah Batu Pahat dan pasukan Cawangan Khas kini ditugaskan untuk menyiasat aduan berkenaan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Bahru, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata siasatan mengenai perkara itu dibuat mengikut Akta Hasutan dan beliau menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya tampil membantu siasatan polis.

Sultan murka

Semalam, Sultan Ibrahim ketika bertitah pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor Bermotosikal 2010 di Kota Tinggi, melahirkan rasa murka terhadap tindakan menggunakan gambar baginda itu.

NONE Dalam titah baginda, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan tindakan itu yang disifatkan sebagai boleh memecah-belahkan kerukunan hidup bermasyarakat di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar berkata polis menahan dua lelaki berumur 40 dan 49 tahun berhubung kes menipu seorang lelaki dengan menawarkan sijil kurniaan Pingat Ibrahim Sultan II (PIS II) palsu berharga RM5,000, di Seri Alam, di Johor Bahru.

Beliau berkata lelaki berumur 37 tahun itu membuat laporan mengenai penipuan itu pada Khamis lepas.

"Mangsa telah membayar RM3,000 kepada kedua-dua lelaki berkenaan bagi mendapatkan sijil itu. Setelah menyedari sijil berkenaan adalah palsu, mangsa kemudian membuat laporan polis mengenainya," katanya.

Mohd Mokhtar berkata beliau sudah memaklumkan kejadian penipuan itu kepada Sultan Johor dan meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan kejadian seumpama itu yang mencemar institusi diraja Johor.

Katanya orang ramai perlu mengetahui dengan jelas bahawa sebarang kurniaan pingat adalah hak mutlak Sultan Johor dan orang ramai yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan boleh menghubungi Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor di talian 07-2220351.

Digantung oleh Umno?

Di Segamat, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, menyifatkan perbuatan sebuah parti politik yang menggunakan poster gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim, di dalam kempen parti itu sebagai perbuatan yang keterlaluan dan melampau.

ghani othman Beliau berkata, perbuatan seumpama itu adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dan berharap polis dapat menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti pihak yang terlibat.

innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "603"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; innity_country = "MY";innity_path = "/201006_2655/10855/";innity_proxy = "proxy_18892";innity_ord = "ord=[timestamp]";function ebStdBanner0_DoFSCommand(command,args){try{command = command.replace(/FSCommand:/ig,"");if((command.toLowerCase()=="ebinteraction") || (command.toLowerCase()=="ebclickthrough"))gEbStdBanners[0].handleInteraction();}catch(e){}}function ebIsFlashExtInterfaceExist(){return true;}<a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1594504&Page=&PluID=0&Pos=7382" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=1594504&Page=&PluID=0&Pos=7382" border=0 width=400 height=200></a>

Adalah tidak wajar untuk membawa pihak istana dalam kempen parti politik, katanya kepada pemberita pada program lawatan kerja ke Parlimen Sekijang hari ini.

Mengenai dakwaan kononnya kain rentang itu dipasang oleh ahli Umno, Abdul Ghani menegaskan dakwaan tersebut tidak berasas kerana perbuatan seperti itu bukan amalan mereka.

"Kita (Umno) tidak pernah mengamalkan politik seperti itu. Apa yang kita tahu parti pakatan pembangkang membuat perjumpaan dalam tempoh berkenaan dan kain rentang yang dimaksudkan itu dinaikkan," katanya.

 

ADS