Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MPK disaran henti bayar Alam Flora
Diterbitkan:  Aug 11, 2010 10:01 AM
Dikemaskini: 2:41 AM

Kerajaan negeri Selangor melahirkan rasa tidak puas hati dengan kerja-kerja pengutipan sampah dari rumah-rumah dan kerja-kerja pembersihan kawasan persekitaran yang dijalankan oleh Alam Flora.

dr xavier jayakumar official photo Sehubungan itu, menurut exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar, yang juga adalah ADUN Seri Andalas berkata pihak kerajaan negeri telah menyarankan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) supaya memberhentikan segala pembayaran kepada pihak Alam Flora dengan kadar ‘serta merta’.

“Ini adalah lanjutan kepada kempen kebersihan dan gotong-royong  Eco- Green Week yang dijalankan di Jalan Dato’ Dagang 39B, Taman Sentosa, Klang pada 08 Ogos 2010 yang lalu.

“Kawasan Taman Sentosa tersebut didapati tidak diselenggarakan lebih dari setahun atau di sesetengah tempat kerja dijalankan tidak sempurna dan secara sambil lewa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, menurut Jayakumar, beliau menerima banyak aduan dari penduduk kawasan Taman Klang Jaya dan Taman Desawan berhubung sampah yang tidak dikutip mengikut jadual yang ditetapkan.

“Oleh kerana itu, didapati ramai penduduk terpaksa membuang sampah di tepi jalan raya kerana sampah tersebut berlonggok di rumah mereka berhari-hari.

S alam flora waste management 120609 06 ebagai exco Kesihatan, saya melahirkan kekecewaan terhadap keadaan yang tidak bersih, di mana terdapat banyak lalat dan tikus yang membawa penyakit,” katanya.

Menurut Jayakumar, MPK juga telah diarahkan untuk memanggil semua kontraktor Alam Flora yang menyelenggarakan kawasan berkenaan untuk satu perjumpaan bagi mengatasi masalah tersebut.

“Saya inginkan pegawai Alam Flora yang bertanggungjawab untuk kawasan Seri Andalas turut hadir untuk perjumpaan tersebut. Pihak kontraktor juga diingatkan agar tidak menghantar pekerja untuk mewakili mereka pada perjumpaan tersebut,” katanya.

Namun tarikh perjumpaan dan butiran serta agenda tidak diberikan.

ADS