Pakar: Bahasa Melayu di tv, radio makin merosot

Kerajaan hari ini diminta agar memantau penggunaan bahasa Melayu oleh media elektronik yang disifatkan Persatuan Pendidik Bahasa Melayu (PPBMM) semakin merosot kualitinya.

Presidennya Prof Madya Dr Hashim Othman berkata pelbagai kesalahan bahasa yang berterusan dikesan dalam pelbagai program televisyen dan radio khususnya stesen swasta sejak akhir-akhir ini.

media prima and tv3 ntv7 8tv channel 9 131005"Tanpa tindakan pembetulan oleh pihak bertanggungjawab, pasti ia akan merendahkan mutu penggunaan bahasa Melayu itu sendiri kerana media eletronik mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan, pemantapan dan penghayatan bahasa Melayu," katanya kepada Bernama di Besut.

Beliau memberi contoh kesalahan paling kerap ialah penggunaan kata ganti nama pembesar dan pemimpin negara yang disebut tanpa rasa sopan dan hormat.

"Nama pembesar berkenaan kerap kali disebut dengan panggilan hormat yang dan betul pada sebutan pertama, tetapi panggilan berikutnya hanya menggunakan nama peribadi beliau sahaja.

"Dalamastro and media prima tussle masyarakat Melayu, ini bukanlah amalan yang wajar atau berbudaya kerana sebagai tanda hormat nama peribadi mereka tidak patut disebut, tetapi digantikan dengan kata ganti nama yang sesuai dengan taraf atau kedudukan mereka dalam status sosial masyarakat," katanya.

Hashim yang juga pensyarah kanan Pusat Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia berkata amalan sekarang itu adalah pengaruh budaya asing yang harus dihentikan.

Beliau juga menegur penggunaan kata ganti 'kita orang', 'korang', dan 'diorang' yang merujuk kepada ganti nama 'kami', 'kalian' dan 'mereka', yang kini meluas diguna dalam drama terbitan stesen televisyen berbayar.

Amalan itu katanya, adalah satu kesalahan yang mencemarkan dan merendahkan bahasa Melayu, serta berlaku akibat pengaruh bahasa asing.

saluran infotainmen andaHashim berkata kesalahan bahasa itu jika tidak dibendung akan membawa impak buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu kerana pengaruh media elektronik terhadap penonton dan pendengar khususnya kanak-kanak adalah sangat besar.

Beliau bagaimanapun memuji amalan stesen televisyen dan radio kerajaan yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berupaya menjadi contoh kepada pelajar dan masyarakat.

-Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.