Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin PKR dan PAS hari ini mengakui mereka tidak dirujuk mengenai habuan Putrajaya yang dijanjikan oleh DAP jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat yang baru.

NONE Penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini , berkata beliau juga tidak mempunyai maklumat berhubung perkara berkenaan.

"Saya tidak pasti sama ada janji-janji itu dipersetujui pada peringkat kepimpinan (Pakatan). Namun tidak mungkin DAP akan mengumumkannya jika tanpa persetujuan PAS dan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim," katanya.

Ditanya sama ada DAP sewajarnya memberi tumpuan kepada perkara lebih penting dan bukannya menaburkann janji-janji berbentuk populis , Zaid berkata Pakatan komited untuk memerangi rasuah dan membasmi kemiskinan serta salah-guna kuasa.

"Namun beberapa (janji) populis tidak ada masalah,” kata Zaid.

saifuddin parliament Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution juga berkata pengumuman DAP yang dibuat Jumaat lalu belum dimuktamadkan atau diluluskan oleh gabungan pembangkang itu.

"Sehubungan itu, setkat ini ia kekal sebagai cadangan DAP," jelasnya.

Melihat janji-janji DAP itu, Saifuddin berkata dia tidak melihat sebarang masalah bagi Pakatan memenuhi cadangan berkenaan.

Naib presiden PAS Salahuddin Ayob juga bersetuju dan berkata dasar 'negeri berkebajikan' or telah sentiasa menjadi teras falsafah Pakatan Rakyat.

Umno berpeluh

NONE "Walaupun janji-janji itu belum diperincikan dan dimuktamadkan, namun janji-janji DAP itu tidak menyimpang daripada prisip Pakatan.”

Malah, Salahuddin berkata jika Pakatan diberi mandat memerintah negara, mereka akan menghulurkan lebih banyak bantuan kepada rakyat kerana mampu menjimatkan wang dengan mengurangkan rasuah dan pembaziran wang negara.

Seorang lagi naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga mengakui tidak tahu mengenai janji-janji DAP itu tetapi berkata tidak apa yang perlu dipertikaikan mengenainya.

"Ini tidak ada sebarang kontroversi, ia bukan seperti cadangan menghapuskan 30 peratus ekuiti bumiputera yang dibuat oleh presiden MCA, Chua Soi Lek.

"Umno berpeluh apabila presiden MCA itu membuat cadangan berkenaan,” katanya sinis.

J NONE elas Mahfuz, apa yang dijanjikan oleh DAP itu selaras dengan prinsip PAS bagi membantu rakyat dan apa-apa yang dilakukan ke arah itu disambut baik.

Jumaat lalu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang.

Antara habuan itu termasuk membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Selain itu, beliau juga berjanji Pakatan Rakyat akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka.

"Kami juga akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia,” kata Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

ADS