Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ali Hashim sahkan letak jawatan dari JCorp
Diterbitkan:  Aug 24, 2010 4:48 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Spekulasi mengenai peletakan jawatan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Johor Corp (JCorp) berakhir hari ini apabila Tan Sri Muhammad Ali Hashim memaklumkan yang beliau sendiri yang membuat keputusan berkenaan.

NONE Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa KFC Holdings (M) Bhd di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan persekitaran semasa.

"Persekitarannya tidak berapa kondusif untuk saya terus kekal, jadi biarlah saya letak jawatan. Saya yang buat keputusan itu," kata beliau ketika ditanya sama ada beliau didesak agar membuat keputusan berkenaan.

Muhammad Ali sepatutunya bersara pada November selepas mengemukakan notis enam bulan beliau.

Ditanya sama ada beliau akan masih memegang kesemua jawatan pada masa ini dalam syarikat-syarikat tersenarai di bawah JCorp, beliau berkata: "Pada masa ini, saya masih lagi pengerusi kesemua syarikat penyenaraian awam. Keputusan akhir terletak kepada pemegang saham."

Muhammad Ali, yang merupakan pengerusi KFC Holdings, turut memegang jawatan pengerusi dalam empat syarikat lain termasuk QSR Brands Bhd.

- Bernama

ADS