Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS dakwa Dr M teruskan 'khurafat' Umno
Diterbitkan:  Aug 26, 2010 12:36 PM
Dikemaskini: 9:54 AM

PAS menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung 'perpecahan' umat Islam semalam sebagai terus mengugut orang Melayu.

damansara memo to kpm 210206 idris ahmad "Tun (Dr Mahathir) masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu bawah payung Umno sahaja. Seolah-olah selain daripada Umno, Melayu tidak boleh bersatu," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad ( kanan ).

"Inilah khurafat Umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin Umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tatanegara."

Semalam, Dr Mahathir ( bawah ) dilaporkan berkata walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.

Katanya, sikap tersebut membolehkan pihak lain berpeluang menggunakan permusuhan sesama Islam itu "untuk mengutarakan kedudukan mereka".

NONE Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata, sejak dulu lagi, pemimpin Umno sering mendakwa, selain Umno memerintah, negara ini tidak akan maju.

"Hujah ini sudah lapuk, rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan memerintah di negeri mereka.

"Walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas," katanya.

Dakwa beliau lagi, selama 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir dahulu, banyak dasar-dasar yang merugikan orang Melayu dilaksanakan, antaranya berhubung tanah rezab Melayu dan pelaksanaan Pengajaran dan PembelakaranSains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Banyak sangat kalau kita hendak tulis pengkhianatan beliau kepada Melayu semasa beliau berkuasa," katanya Idris lagi.

"Apakah beliau takut dan wujudnya mimpi ngeri, kalau Pakatan Rakyat menang beliau sendiri tidak akan selamat?"

ADS